Hiburan
Sejak disahkan
mengidap penyakit radang selaput otak dan memerlukan rawatan segera, penyanyi
Indonesia, Ashanty tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun sudah dibenarkan keluar
dari hospital, dia kini masih lemah dan sudah dua minggu aktiviti seninya
terhenti.
Laporan laman detikhot.com menyebut, hasil
diagnosis menunjukkan Ashanty diserang virus Cytomegalovirus akibat terlalu
penat. Sebelum ini isteri kepada penyanyi-komposer popular, Anang Hermansyah itu
mengakui dirinya memang terlalu sibuk sehingga mengabaikan
kesihatannya.
Pelantun Jodohku itu memberitahu, pada awalnya dia seperti
tidak boleh menerima apabila diberitahu mengenai penyakit tu.
"Pada
mulanya saya marah dan mempersoalkan kenapa saya yang kena penyakit ini?",
katanya.
Lebih parah, dia pernah berasa putus asa. Bahkan pemilik nama
penuh Ashanty Siddik Hasnoputro itu pernah menyarankan Anang untuk mencari
perempuan lain.
"Saya tertekan. Hari pertama, saya minta mahu berpisah.
Saya tanya pada Anang, kenapa dia berkahwin dengan orang yang berpenyakit. Saya
katakan pada dia, 'Bang, kamu pergilah cari perempuan lain",
ujarnya.
Laporan doktor mengesahkan penyakit Ashanty sudah diperingkat
serius. Namun nasibnya baik apabila dia kini beransur pulih.
"Saya pasrah
dan ikhlas, kaki kiri saya mula boleh bergerak. Ini mukjizat Allah, banyak
hikmahnya," ucapnya bersyukur.
Disebakan keadaanya yang belum betul-betul
pulih, Ashanty terpaksa menangguhkan pelancaran single terbarunya, 'Mengapa Oh
Mengapa'.
Ashanty juga terpaksa berehat daripada meneruskan penggambaran
filem sulungnya. Dia juga tidak mengambil tawaran daripada luar Jakarta.
Sumber : SEN!
No comments:
Post a Comment