Wednesday, 24 April 2013

Senarai Artis Menyokong BN Dan PR Secara Terbuka


untitledvKehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai apabila proses penamaan calon berlangsung dengan aman di pusat-pusat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.
Pada masa yang sama, para selebriti dan artis tempatan tidak melepaskan peluang untuk berkempen bersama parti politik pilihan mereka.
Adakah warna politik di Malaysia akan menjadi seperti pilihanraya di Indonesia apabila menyaksikan ramai penggiat seni bertanding mewakili parti masing-masing?
Persoalan timbul apabila PRU13 kali ini menampilkan ramai artis tanah air mula menunjukkan ‘taring’ mereka.
Rata-rata artis tanah air yang terlibat dalam politik dilihat yakin bahawa diri mereka mampu mempengaruhi pemikiran peminat mereka.
Antara artis dilihat menyebelahi Barisan Nasional adalah seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Hattan, Nash Lefthanded, Afdlin Shauki, Amy Search, Datuk DJ Dave, Datuk AC Mizal, Mus May, Bagio Damasutra, Zed Zaidi, Jay Jay, Jamal Abdillah dan Nabil Raja Lawak.
a1
a2
Manakala Yatt hamzah, Abby Abadi, Bob Lokman, Dayangku Intan, Hairie Othman, Ali XPDC, Zulkifli Ismail, Azmil Mustapha, Yassin Sulaiman, Aisyah dan Adam Hamid menyebelahi Pakatan Rakyat.
a3
a4
Tambah menarik, mereka bukan sahaja menunjukkan sokongan mahupun pandangan terhadap sesebuah parti politik, malah ada antara mereka yang mencabar diri untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini telah mengumumkan penyanyi Janji Manismu, Aisyah bakal bertanding di P.127 Jempol atas tiket PAS.
Pada masa yang sama, penyanyi 80-an, Herman Tino turut membuat kejutan apabila beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Karang di mana bakal berlaku pertembungan tiga penjuru.
Adakah status sebagai artis mampu membawa mereka berjaya dalam bidang politik? Sama-sama kita nantikan 5 Mei ini.

Wednesday, 3 April 2013

15 peluru dendam


SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Mangsa, Bernard Ooi Poh Beng, 39, mati di tempat kejadian selepas enam daripada tembakan mengenai bahagian dada serta masing-masing satu di lengan kiri, ketiak kanan dan perutnya.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan jumlah kelongsong peluru serta cara tembakan dilepaskan, polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif kejadian.

"Mangsa dikatakan sedang dalam berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di blok satu flat berkenaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Foto

"Menurut saksi yang ditemubual, sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba berhenti berdekatan mangsa dan orang yang berada di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mangsa rebah," katanya kepada wartawan.

Menurut Abdul Razak lagi, polis menemui dua jenis peluru yang berbeza dan yakin suspek lebih daripada dua orang menggunakan dua senjata api berlainan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah.

Katanya, polis akan menyiasat latar belakang mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

sumber : Harian Metro